Thursday, April 30, 2009

SENARAI IPT2 (Awam & Swasta)

Assalamualaikum,

Berikut merupakan senarai nama IPT2 yang berada di dalam tangan pihak penganjur. Senarai ini termasuk 11 buah IPT yang tidak berjaya di fakskan sebelum ini.

Untuk makluman, semua IPT2 yang terdapat dalam senarai telah pun difakskan surat jemputan dan borang jawapan. Bagi 11 IPT yang kemudian, juga telah difakskan kepada cawangan/penyelia masing2. Sila rujuk pada penyelia anda masing2.

SENARAI PASUKAN IPT

Jika nama IPT anda tidak tersenarai di dalam senarai tersebut, sila maklumkan kepada pihak kami dalam kadar segera untuk tindakan pihak kami di shin_mzn86@yahoo.com atau wajadiriunimas@yahoo.com.

Kerjasama daripada semua amat kami hargai. Sebarang kesukaran amat kami kesali.

Friday, April 24, 2009

Soalan-Soalan Lazim

Assalammualaikum...

BErikut merupakan persoalan2 yang ditimbulkan oleh anda mengenai Karnival Wajadiri 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Soalan2 ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangan risau, kami akan sedaya upaya menjawab soalan2 anda untuk kesenangan kita bersama. Sia ajukan soalan 2 anda di ruangan komen di bawah supaya kami boleh 'keep track' dengan soalan anda.

S : Adakah senjata akan disediakan?
J : Ya, senjata akan disediakan semasa pertandingan wajadiri. Namun begitu, tiada halangan untuk setiap pasukan membawa senjata masing2. TIPS : (Yang biasa team dari Sarawak, Sabah & Labuan buat) senjata tajam dibungkus elok2 dengan kertas atau surat khabar, kemudian baru letak dalam bagasi. TOngkat panjang juga dibungkus dan diikat elok2 bersama2.

S : Kategori papan sekeping bersenjata & tangan kosong, SATU kategori atau dua?
J : Satu kategori sahaja. Campur. Kategori ini diadakan cuma untuk di Wajadiri di Sarawak sahaja.

S : Untuk Majlis Makan Malam Perdana, macam mana bayaran dikira?
J : Bayaran perkepala. Anda boleh muat turun "Maklumat Wajadiri & Borang2" dan sila rujuk pada Borang D (II). Secara ringkasnya
RM 70.00/orang pelajar sekolah
RM 100.00/orang pelajar IPT
RM 150.00/orang bukan IPT & sekolah
- Bayaran di atas dikenakan kepada semua ketua pasukan, pengurus pasukan, para peserta dan para penyokong yang tidak berkeluarga.
- Bayaran meliputi i) penginapan (14 – 16 Ogos 2009) – 3 hari 2malam
ii) makan minum (14 – 16 Ogos 2009)
iii) Pengangkutan pergi balik Kuching International Airport (KIA) ke penginapan
iv) Program Tahlil Perdana
v) Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat IPT Dan Sekolah
vi) Majlis Makan Malam Nostalgia 10 Tahun Silat Cekak Hanafi Di Sarawak
vii) Program Lan Ke Kuching
S : Di mana perginya Borang D ( IV) di dalam surat jemputan dan borang jawapan?
J : Borang D (IV) tidak wujud. Maaf diatas kesilapan berikut kerana semua bayaran telah dinyatakan sekali didalam Borang D( II). Harap maklum.

S : Kalau kami datang lebih awal daripada 14 Ogos?
J : Maklumkan kepada kami, dan kami akan sediakan penginapan untuk anda, insyaAllah. Kami terima kehadiran anda dengan hati terbuka. :) Bayaran tambahan mungkin akan dikenakan. Maka, sebab itulah kami kene tahu berapa bilangan peserta dalam pasukan2 anda.

S : Sekiranya saya tidak memerlukan penginapan dan pengangkutan semasa berada di Kuching, berapa bayaran yang perlu dibayar untuk menyertai Majlis Makan Malam?
J : Untuk makluman, kepada yang tidak memerlukan penginapan dan pengangkutan semasa berada di Kuching sepanjang Karnival, tetapi ingin menyertai Majlis Makan Malam Nostalgia, maka bayaran yang dikenakan ialah RM70 seorang. Maklumkan kepada urusetia berkenaan mengenainya.

S : Bagaimana dengan penginapan di Hotel Riverside Majestic?
J : Penginapan di Hotel Riverside Majestic ialah untuk VIP dan ahli2 yang datang bersama keluarga. Bayaran untuk satu pakej ialah RM750. Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi urusetia.

Thursday, April 23, 2009

LOKASI MAJLIS MAKAN MALAM NOSTALGIA

Tema : Satu Keluarga, Satu Warisan
Pakaian : Batik

Majlis Makan Malam Nostalgia 10 Tahun SCH di Sarawak akan diadakan di Hotel Riverside Majestic, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.

Terletak di Pusat Bandaraya Kuching dan berhadapan dengan Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront) dan Sungai Sarawak.

Wednesday, April 22, 2009

LOKASI PENGINAPAN PESERTA & MAJLIS TAHLIL PERDANA








Lokasi bagi penginapan peserta dan Majlis Tahlil Perdana ialah di Kompleks CIDB, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya, Kuching. Jarak dari lokasi penginapan ke lokasi Kejohanan Wajadiri adalah lebih kurang 25km.

LOKASI KEJOHANAN WAJADIRI

Akhirnya, lokasi telah pun ditetapkan untuk kejohanan wajadiri pada 15 Ogos 2009.

Tempatnya di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Stadium ini terletak di Jalan Utama, Pending lebih kurang 10km dari Pusat Bandaraya Kuching.

Direka untuk kegunaan pelbagai jenis sukan. Stadium ini mempunyai kapasiti tempat duduk untuk seramai 3000 orang.

Monday, April 20, 2009

Surat Jemputan

Assalammualaikum

Seperti yang sudah ada yang sedia maklum (di dalam Canang dan juga Facebook), surat2 jemputan telah dihantar melalui khidmat faks kepada 39 buah IPT. Manakala 11 buah lagi tidak berjaya kerana tiada respon dari mesin faks mereka.

11 IPTS tersebut ialah:

1. UKM, KL
2. Kolej Poly-tech Mara, KB
3. Darul Quran Jakim
4. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Sabah
5. Kolej YPJ, Jalan Waja
6. Kolej YPJ, JB
7. Kolej Kemhiran Tinggi, Teluk Jong
8. Kolej Yayasan Sabah, Likas
9. PTPL Shah Alam
10. Kolej Insaniah
11. InTeC Seksyen 17, Shah Alam

Harap maaf jika ada kesilapan ejaan.

Kepada IPT2 lain yang tiada tersenarai di atas, sila rujuk kepada pihak HEP di IPT masing2 untuk urusan selanjutnya. Salinan asal surat jemputan dan borang2 jawapan akan diposkan dalam masa terdekat.

Manakala bagi pihak sekolah pula, pihak kami masih lagi menunggu kelulusan dari MoE. Jadi, bersabarlah bersama kami ya.

Jumpa lagi.

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum ^^

Pihak pengurusan Wajadiri 2009 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di seluruh Malaysia yang menunjukkan minat untuk menyertai Karnival ini. Juga terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha-usaha kami.

Pihak pengurusan juga ingin meminta maaf di atas kelewatan penghantaran surat jemputan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Justeru, pihak kami telah mencuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses penyediaan dan penghantaran surat jemputan. Alhamdulillah, satu demi satu rintangan berjaya kami hadapi dan selesaikan.

Atas kesabaran semua, kami juga ingin mengucapkan beribu-ribu lagu ucapan terima kasih ^^

Kami akan cuba untuk memberi informasi terkini dari semasa ke semasa sehinggalah berlangsungnya Karnival nanti. Di harap saudara saudari sekalian sentiasa bersabar dan rajin2lah menjenguk laman blog ini untuk maklumat terkini.

Teruskan menyokong kami dalam menjayakan program ini. Sokongan daripada semua amat kami hargai.

Harap kita semua dapat berjumpa di Sarawak Bumi Kenyalang!! Wassalam... ^^

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates