Friday, April 24, 2009

Soalan-Soalan Lazim

Assalammualaikum...

BErikut merupakan persoalan2 yang ditimbulkan oleh anda mengenai Karnival Wajadiri 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Soalan2 ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangan risau, kami akan sedaya upaya menjawab soalan2 anda untuk kesenangan kita bersama. Sia ajukan soalan 2 anda di ruangan komen di bawah supaya kami boleh 'keep track' dengan soalan anda.

S : Adakah senjata akan disediakan?
J : Ya, senjata akan disediakan semasa pertandingan wajadiri. Namun begitu, tiada halangan untuk setiap pasukan membawa senjata masing2. TIPS : (Yang biasa team dari Sarawak, Sabah & Labuan buat) senjata tajam dibungkus elok2 dengan kertas atau surat khabar, kemudian baru letak dalam bagasi. TOngkat panjang juga dibungkus dan diikat elok2 bersama2.

S : Kategori papan sekeping bersenjata & tangan kosong, SATU kategori atau dua?
J : Satu kategori sahaja. Campur. Kategori ini diadakan cuma untuk di Wajadiri di Sarawak sahaja.

S : Untuk Majlis Makan Malam Perdana, macam mana bayaran dikira?
J : Bayaran perkepala. Anda boleh muat turun "Maklumat Wajadiri & Borang2" dan sila rujuk pada Borang D (II). Secara ringkasnya
RM 70.00/orang pelajar sekolah
RM 100.00/orang pelajar IPT
RM 150.00/orang bukan IPT & sekolah
- Bayaran di atas dikenakan kepada semua ketua pasukan, pengurus pasukan, para peserta dan para penyokong yang tidak berkeluarga.
- Bayaran meliputi i) penginapan (14 – 16 Ogos 2009) – 3 hari 2malam
ii) makan minum (14 – 16 Ogos 2009)
iii) Pengangkutan pergi balik Kuching International Airport (KIA) ke penginapan
iv) Program Tahlil Perdana
v) Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat IPT Dan Sekolah
vi) Majlis Makan Malam Nostalgia 10 Tahun Silat Cekak Hanafi Di Sarawak
vii) Program Lan Ke Kuching
S : Di mana perginya Borang D ( IV) di dalam surat jemputan dan borang jawapan?
J : Borang D (IV) tidak wujud. Maaf diatas kesilapan berikut kerana semua bayaran telah dinyatakan sekali didalam Borang D( II). Harap maklum.

S : Kalau kami datang lebih awal daripada 14 Ogos?
J : Maklumkan kepada kami, dan kami akan sediakan penginapan untuk anda, insyaAllah. Kami terima kehadiran anda dengan hati terbuka. :) Bayaran tambahan mungkin akan dikenakan. Maka, sebab itulah kami kene tahu berapa bilangan peserta dalam pasukan2 anda.

S : Sekiranya saya tidak memerlukan penginapan dan pengangkutan semasa berada di Kuching, berapa bayaran yang perlu dibayar untuk menyertai Majlis Makan Malam?
J : Untuk makluman, kepada yang tidak memerlukan penginapan dan pengangkutan semasa berada di Kuching sepanjang Karnival, tetapi ingin menyertai Majlis Makan Malam Nostalgia, maka bayaran yang dikenakan ialah RM70 seorang. Maklumkan kepada urusetia berkenaan mengenainya.

S : Bagaimana dengan penginapan di Hotel Riverside Majestic?
J : Penginapan di Hotel Riverside Majestic ialah untuk VIP dan ahli2 yang datang bersama keluarga. Bayaran untuk satu pakej ialah RM750. Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi urusetia.

10 comments:

IPGM Kampus Perlis said...

bagaimana dengan bayaran jika tak menginap, menggunakan kenderaan dan menyertai program jalan-jalan?

hanie said...

apakah tema bagi makan malam nosalgia?

Anonymous said...

utk kategori papan sekeping tangan kosong dan bersenjata,bley plih la ea nk mana 1..i mean kalo nk tgn kosong jek or nk bersenjata,bley plih mana2 la ea??

Urusetia said...

Untuk kategori papan sekeping tu...tolong ambil perhatian kepada perkataan DAN....tiada ATAU di dalam penamaan kategori tersebut...harap maklum...

Urusetia said...

tema untuk Makan malam ialah Batik......

Anonymous said...

xphm la istilah DAN 2..
mknanya..
dlm kategori 2..
penyerang ley guna sama ada nk pkai snjta atau tgn kosong la ea??
cm2 ke??

SRIDIDIE said...

katakan 5 penyerang...maybe ada yg tgn kosong/kaki ada yg bersenjata....serangan berCAMPUR.....3 kosong 2 senjata ke...1 kosong 4 senjata ke...1 senjata 4 kosong ke..terpulang la...itula maksudnya.. :)

Anonymous said...

kalau la xbercampur leh x??
mksdnya..
sume penyerang guna snjta..
or sume pnyerang guna tgn kosong jek..
ley x wat cm2??
xcmpur2??

SRIDIDIE said...

sejelasnya C A M P U R

Sdr/Sdri sila nyatakan nama dan dari pasukan mana, jurulatih anda sepatutnya boleh juga kalo nak hubungi urusetia kami di sini kalo nak lebih penjelasan memandangkan susah nak faham agaknya kalo diterangkan di sini...risau jugak kalo penyampaian tak sampai...takut salah faham nanti, susah ye...Lebih baik hubungi sdr Aeirman dari bhg Teknikal..9am-5pm 082-645337

Selamat berlatih!! ^^

Anonymous said...

aslmkm. kalau bukan peserta karnival ni boleh tak dtg ke kejohanan wajadiri utk menonton?

Post a Comment

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates