Assalammualaikum
SEdikit maklumat mengenai destinasi2 yang bakal dikunjungi, tertakluk kepada populariti pilihan anda kelak. Sikit je, takleh letak banyak2, nanti tak surprise...hohoho!!!
____________________________________________________
KAMPUNG BUDAYA SARAWAK (Sarawak Cultural Village,SCV)Terletak
35km drp Pusat Bandaraya Kuching. Tapi, kalau dari tempat penginapan dalam 25k
m je. KAlau naik kenderaan sendiri, 20-30minit bolehla sampai.
Di sini anda boleh tengok kediaman tradisional etnik majoriti di Sarawak dan gaya hidup mereka. Terkenal dgn gelaran "The Living Museum". Etnik yang diketengahkan ialah rumah2 panjang
kaum Bidayuh, Iban, orang Ulu, rumah tinggi kaum Melanau, pondok kaum Penan, rumah kaum Melayu dan kaum Cina. Selain itu, anda akan disajikan dengan persembahan tarian daripada semua etnik di atas...... :) Maklumat lanjut boleh la anda baca di
http://www.scv.com.my
Kalau pagi:
8:00 am - Bertolak dari tempat penginapan9:00 am - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV11.30 am - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater12:00 pm - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Solat & makan Tengahari)
Kalau petang:
1.30 pm - Bertolak dari Masjid Jamek (lepas Zohor & makan tghari)2:30 pm - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV4:00 pm - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater4.30 pm - Bertolak pulang*** dinasihatkan membekal air minuman sendiri, kerana di sana, mahallllllllllllllllll makanan & minumannya.....
______________________________________________________________
PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOKTerletak 22km daripada Pusat Bandaraya Kuching. Mengambil masa 30-45 minit perjalanan daripada tempat penginapan kelak. Tempat ini terkenal dengan pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.
Kalau kena pada masanya, anda akan bernasib baik untuk melihat orang utan ini balik ke tempat makanan untuk 'feeding session'. Boleh tangkap2 gambar. Tetapi, kalau musim buah, kemungkinan besar orang utan tidak kan kembali ke tempat itu pada masanya kerana sibuk makan buah dalam hutan simpan tersebut ;) Selain orang utan, ada burung kenyalang, beruang, burung helang, monyet putih tu.dah haiwan liar lain..hehe~
Kalau pagi :
8:00 am - Bertolak dari kediaman8:45 am - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar11:00 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tghari)Kalau petang:
2:00 pm - Bertolak dari Masjid Jamek 2:45 pm - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar 4:00 pm - Bertolak pulang______________________________________________________________
SERIKINSaya sertakan 2
link ini untuk membantu anda mengenali Pasar Serikin, di pekan Serikin, Kuching. Silalah klik
- Pasar Serikin - PesonaBatik.com
- Serikin -www.catcity.com.my
Program:
8:00 am - Bertolak dari kediaman9.30 am - Tiba di Serikin - Membeli Belah/Jalan-jalan11:30 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tengahari)______________________________________________________________
MEMBELI BELAH DI BANDARAYA KUCHINGAnda akan dibawa di sekitar Main Bazaar, Kuching untuk membeli belah pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke negeri masing. Main Bazaar terletak di sepanjang jalan persisiran Sungai Sarawak dan Tebingan Sungai, Kuching (Kuching Waterfront). Sambil membeli belah, sambil tengok permandangan :)
Main Bazaar, Kuching - VirtualMalaysia.com
______________________________________________________________
Inginkan maklumat tambahan..? Anda boleh Google sahaja....begitu mudah..hehe ;)