Wednesday, May 6, 2009

DESTINASI PROGRAM RAON

Assalammualaikum

SEdikit maklumat mengenai destinasi2 yang bakal dikunjungi, tertakluk kepada populariti pilihan anda kelak. Sikit je, takleh letak banyak2, nanti tak surprise...hohoho!!!

____________________________________________________
KAMPUNG BUDAYA SARAWAK (Sarawak Cultural Village,SCV)
Terletak 35km drp Pusat Bandaraya Kuching. Tapi, kalau dari tempat penginapan dalam 25km je. KAlau naik kenderaan sendiri, 20-30minit bolehla sampai.

Di sini anda boleh tengok kediaman tradisional etnik majoriti di Sarawak dan gaya hidup mereka. Terkenal dgn gelaran "The Living Museum". Etnik yang diketengahkan ialah rumah2 panjang kaum Bidayuh, Iban, orang Ulu, rumah tinggi kaum Melanau, pondok kaum Penan, rumah kaum Melayu dan kaum Cina. Selain itu, anda akan disajikan dengan persembahan tarian daripada semua etnik di atas...... :) Maklumat lanjut boleh la anda baca di http://www.scv.com.my

Kalau pagi:
8:00 am - Bertolak dari tempat penginapan
9:00 am - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV
11.30 am - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater
12:00 pm - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Solat & makan Tengahari)

Kalau petang:
1.30 pm - Bertolak dari Masjid Jamek (lepas Zohor & makan tghari)
2:30 pm - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV
4:00 pm - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater
4.30 pm - Bertolak pulang

*** dinasihatkan membekal air minuman sendiri, kerana di sana, mahallllllllllllllllll makanan & minumannya.....

______________________________________________________________
PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOK
Terletak 22km daripada Pusat Bandaraya Kuching. Mengambil masa 30-45 minit perjalanan daripada tempat penginapan kelak. Tempat ini terkenal dengan pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.

Kalau kena pada masanya, anda akan bernasib baik untuk
melihat orang utan ini balik ke tempat makanan untuk 'feeding session'. Boleh tangkap2 gambar. Tetapi, kalau musim buah, kemungkinan besar orang utan tidak kan kembali ke tempat itu pada masanya kerana sibuk makan buah dalam hutan simpan tersebut ;) Selain orang utan, ada burung kenyalang, beruang, burung helang, monyet putih tu.dah haiwan liar lain..hehe~

Kalau pagi :
8:00 am - Bertolak dari kediaman
8:45 am - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar
11:00 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tghari)

Kalau petang:
2:00 pm - Bertolak dari Masjid Jamek
2:45 pm - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar
4:00 pm - Bertolak pulang

______________________________________________________________
SERIKIN
Saya sertakan 2 link ini untuk membantu anda mengenali Pasar Serikin, di pekan Serikin, Kuching. Silalah klik
  1. Pasar Serikin - PesonaBatik.com
  2. Serikin -www.catcity.com.my
Program:
8:00 am - Bertolak dari kediaman
9.30 am - Tiba di Serikin - Membeli Belah/Jalan-jalan
11:30 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tengahari)

______________________________________________________________
MEMBELI BELAH DI BANDARAYA KUCHING
Anda akan dibawa di sekitar Main Bazaar, Kuching untuk membeli belah pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke negeri masing. Main Bazaar terletak di sepanjang jalan persisiran Sungai Sarawak dan Tebingan Sungai, Kuching (Kuching Waterfront). Sambil membeli belah, sambil tengok permandangan :)

Main Bazaar, Kuching - VirtualMalaysia.com

______________________________________________________________
Inginkan maklumat tambahan..? Anda boleh Google sahaja....begitu mudah..hehe ;)

0 comments:

Post a Comment

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates