Thursday, May 21, 2009

PENGUMUMAN UNTUK PASUKAN SEKOLAH

Assalammualaikum....

PERHATIAN
kepada pasukan-pasukan sekolah menengah...kepada mana2 pasukan yang memerlukan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sila hubungi Saudara Aeirman Morshidi

HP : 012 – 855 5149
FAX : 082 – 64 733
Pihak anda diminta untuk memberi nombor yang boleh dihubungi dan nombor fax untuk pengurusan. Untuk makluman, surat tersebut tidak dapat disertakan di dalam Web ini atas sebab2 keselamatan. Terima kasih.

Wassalam.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum......

Pihak penganjur ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

ALEGOO Glitter Text Generator

khasnya kepada Yang Mulia Tuan Guru, Encik Mohd. Radzi bin Haji Hanafi.

Juga kepada semua ahli2 yang bergelar warga pendidik di sekolah-sekolah, kolej2, IPT2 dan tenaga-tenaga pengajar di semua cawangan, IPT dan sekolah
"Jika hari ini seorang Perdana Menteru berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa..."
-Allahyarham Dato Usman Awang,
Sasterawan Negara

Wassalam

Monday, May 11, 2009

PESANAN PENGARAH II KARNIVAL

Assalammualaikum
"Tarikh pengesahan kehadiran telah pun dilanjutkan ke 30 Mei 2009. Tetapi, pada yang boleh mmbuat pengesahan tu lebih awal, amatlah diharapkan agar tidak bertangguh bg mmudahkan urusan unit urusetia."
-Mohd Za’im Bin Mohd Nasir
Pengarah II Karnival Wajadiri 2009

Kepada yang sudah mengesahkan kehadiran di PENGESAHAN KEHADIRAN, anda juga diminta untuk mengesahkan bilangan peserta + pengiring/penyokong yang akan datang di wajadiriunimas@yahoo.com. Bukan di ruangan komen di post tersebut. Ini adalah atas sebab keselamatan. Terima kasih.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum....

sempena hujung minggu yang istimewa ini, penganjur ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu2 kami, dan juga semua wanita yang bergelar ibu di muka bumi ini... :)
Ibu...ibu....
Engkaulah rau hatiku...
Bila ku berduka....
Engkau hiburkan selaluuuu.....

Tempat ku meyerah kasihh~~~
Wahai ibuuuu~~...
:)

Hargai pengorbanan ibu2 kita....dan juga isteri2 anda....

Wassalam....

Thursday, May 7, 2009

MAKLUMAN TERBARU KARNIVAL WAJADIRI

Assalamualaikum...

Kepada semua yang telah mendapat surat jemputan berserta borang tu. TErdapat sedikit kesilapan di dalam Borang D. Untuk makluman, borang D ( IV) telah dimansuhkan dan semuanya telah di senarai pendekkan di dalam Borang D(II). Sila muat turun Makluman terbaru di 'link' di kanan blog untuk mengesahkan pembetulan isi kandungan sebenar borang tersebut.

Maaf untuk segala kesulitan. Harap maklum.

Wassalam.

Wednesday, May 6, 2009

DESTINASI PROGRAM RAON

Assalammualaikum

SEdikit maklumat mengenai destinasi2 yang bakal dikunjungi, tertakluk kepada populariti pilihan anda kelak. Sikit je, takleh letak banyak2, nanti tak surprise...hohoho!!!

____________________________________________________
KAMPUNG BUDAYA SARAWAK (Sarawak Cultural Village,SCV)
Terletak 35km drp Pusat Bandaraya Kuching. Tapi, kalau dari tempat penginapan dalam 25km je. KAlau naik kenderaan sendiri, 20-30minit bolehla sampai.

Di sini anda boleh tengok kediaman tradisional etnik majoriti di Sarawak dan gaya hidup mereka. Terkenal dgn gelaran "The Living Museum". Etnik yang diketengahkan ialah rumah2 panjang kaum Bidayuh, Iban, orang Ulu, rumah tinggi kaum Melanau, pondok kaum Penan, rumah kaum Melayu dan kaum Cina. Selain itu, anda akan disajikan dengan persembahan tarian daripada semua etnik di atas...... :) Maklumat lanjut boleh la anda baca di http://www.scv.com.my

Kalau pagi:
8:00 am - Bertolak dari tempat penginapan
9:00 am - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV
11.30 am - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater
12:00 pm - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Solat & makan Tengahari)

Kalau petang:
1.30 pm - Bertolak dari Masjid Jamek (lepas Zohor & makan tghari)
2:30 pm - Tiba di SCV - Jalan2 di dalam SCV
4:00 pm - Menonton persembahan tarian etnik2 Sarawak @ SCV's Mini-theater
4.30 pm - Bertolak pulang

*** dinasihatkan membekal air minuman sendiri, kerana di sana, mahallllllllllllllllll makanan & minumannya.....

______________________________________________________________
PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOK
Terletak 22km daripada Pusat Bandaraya Kuching. Mengambil masa 30-45 minit perjalanan daripada tempat penginapan kelak. Tempat ini terkenal dengan pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.

Kalau kena pada masanya, anda akan bernasib baik untuk
melihat orang utan ini balik ke tempat makanan untuk 'feeding session'. Boleh tangkap2 gambar. Tetapi, kalau musim buah, kemungkinan besar orang utan tidak kan kembali ke tempat itu pada masanya kerana sibuk makan buah dalam hutan simpan tersebut ;) Selain orang utan, ada burung kenyalang, beruang, burung helang, monyet putih tu.dah haiwan liar lain..hehe~

Kalau pagi :
8:00 am - Bertolak dari kediaman
8:45 am - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar
11:00 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tghari)

Kalau petang:
2:00 pm - Bertolak dari Masjid Jamek
2:45 pm - Tiba di Semenggok - Menjelajah hutan simpan - Tengok orang utan dan haiwan2 liar
4:00 pm - Bertolak pulang

______________________________________________________________
SERIKIN
Saya sertakan 2 link ini untuk membantu anda mengenali Pasar Serikin, di pekan Serikin, Kuching. Silalah klik
  1. Pasar Serikin - PesonaBatik.com
  2. Serikin -www.catcity.com.my
Program:
8:00 am - Bertolak dari kediaman
9.30 am - Tiba di Serikin - Membeli Belah/Jalan-jalan
11:30 am - Bertolak ke Masjid Jamek, Petra Jaya (Zohor & makan tengahari)

______________________________________________________________
MEMBELI BELAH DI BANDARAYA KUCHING
Anda akan dibawa di sekitar Main Bazaar, Kuching untuk membeli belah pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke negeri masing. Main Bazaar terletak di sepanjang jalan persisiran Sungai Sarawak dan Tebingan Sungai, Kuching (Kuching Waterfront). Sambil membeli belah, sambil tengok permandangan :)

Main Bazaar, Kuching - VirtualMalaysia.com

______________________________________________________________
Inginkan maklumat tambahan..? Anda boleh Google sahaja....begitu mudah..hehe ;)

ALUMNI CEKAK UNIMAS

Assalamualaikum...

PERHATIAN
buat Alumni-alumni Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNIMAS

Anda diminta untuk memberi/mengirimkan gambar2 kenangan semasa di dlam SCH UNIMAS dan terkini (yg bekeluarga & sebgnya) anda yang telah di'scan' kepada shalihin_annuar@yahoo.com dengan segera. Sila sertakan nama dan kelas. Kepada yang keliru dengan kelas, maklumla dah lama meninggalkan alam U, saya sertakan senarai ini:
  1. 1999/2000 - UNIMAS 1
  2. 2000/2001 - UNIMAS 2 (June Intake)
  3. 2000/2001 - UNIMAS 3 (Nov. Intake)
  4. 2001/2002 - UNIMAS 4 (June Intake)
  5. 2001/2002 - UNIMAS 5 (Nov. Intake)
  6. 2002/2003 - UNIMAS 6
  7. 2003/2004 - UNIMAS 7
  8. 2004/2005 - UNIMAS 8
  9. 2005/2006 - UNIMAS 9
  10. 2006/2007 - UNIMAS 10
  11. 2007/2008 - UNIMAS 11
  12. 2008/2009 - UNIMAS 12
__________________________________________________
Kepada yang belum lagi mendaftar di http://cekakunimas.ning.com sila tinggalkan nama, kelas dan alamat email anda di ruangan 'comment' di atas. Contohnya : Khadijah binti Usaini - UNIMAS 2 - srididie_kweet@yahoo.co.uk

KAlau taknak letak nama penuh, letak je la nama glemer masa d UNIMAS dulu..hehe! Ini adalah untuk memudahkan anda di jemput masuk ke dalam ruangan tersebut. KErana untuk mendaftar di dalam web tersebut, anda perlu dijemput dahulu :) atas sebab keselamatan. Untuk makluman, laman tersebut adalah untuk memudahkan perhubungan antara alumni2 Cekak UNIMAS dan ahli2 yang sedia ada.

Harap dapat memeriahkan lagi sambutan kita tahun ini.

Wassalam. :)

SENARAI SEKOLAH2

Assalamualaikum

Senarai berikut merupakan senarai sekolah2 yang telah pun di poskan surat jemputan wajadiri. Sila lihat dengan teliti, dan jika ada kesilapan atau nama sekolah anda keciciran, sila maklumkan dengan segera. Terima kasih :)

SENARAI PASUKAN2 SEKOLAH

Wassalam

Tuesday, May 5, 2009

PENGESAHAN KEHADIRAN

Assalammualaikum...

Tak tahula mcm mana nak buat, tp sebagai memudahcara, apa yang anda perlu lakukan:

1. Ketua Pasukan/Wakil Pengurusan PAsukan sila tinggalkan comment dalam ruangan comment di ATAS
2. Dengan ringkas dan padat sila maklumkan kehadiran pasukan anda. Contohnya
IPT/SEKOLAH: UNIMAS, Sarawak
KEHADIRAN : HADIR
3. Ini hanya sebagai langkah awal untuk pihak penganjur bersedia dengan pasukan yang akan hadir klak sementara menunggu borang jawapan untuk datang.
4. Kepada yang sudah mengesahkan kehadiran, diminta untuk mengesahkan bilangan peserta + pengiring/penyokong di wajadiriunimas@yahoo.com sebagai langkah keselamatan. BUKAN di ruangan komen.

Terima kasih kerana bekerjasama. Tolong sampaikan kepada yang berkenaan.

Wassalam
WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates