Thursday, August 13, 2009

SELAMAT DATANG, SELAMAT JALAN DAN JUMPA LAGI









Assalammualaikum.... Laporan ringkas sepanjang karnival (^-^)/


Alhamdulillah...Sejak 12 Ogos 2009 beberapa kontinjen dan individu2 telah pun selamat menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang...Juga "Technical team" dari KL...Peserta dan individu ditempatkan di 3 tempat penginapan iaitu di Kompleks CIDB, Kompleks Biro Wanita Sarawak dan di Asrama Yayasan Sarawak.

__________________________________________________________________

15 Ogos 2009 - Perasmian Karnival 10 tahun Silat Cekak Hanafi Di Sarawak sekaligus Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT/Sekolah telah disempurnakan oleh YB Hj Hamden bin Hj Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Perlancongan Negeri Sarawak dengan suasana yang begitu meriah dan mengujakan ^^ Beliau diiringi oleh YM Tuan Guru Hj Mohd Radzi bin Hj Hanafi, YDP PSSCUH Sarawak Cikgu Zuhardi Hj Sekawi, Pengarah Karnival Saudara Mohd Za'im, wakil2 daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Jabatan Belia dan Sukan dan wakil2 dari IPT dan sekolah masing2.

Walaupun keadaan di dalam Dewan Utama Kompleks Biro Wanita tu agak hangat, namun hadirin yang berada di dalam Dewan nampak sangat meriah. LEbih2 lagi dengan kehadiran Pasukan Demo diimpot khas dari Kuala Lumpur. Terima kasih. Persembahan yang mantap. Bergemanya lagu Peneraju Warisan Mutlak di dalam Dewan mengakhiri Majlis PErasmian. Pertandingan dimulakan sekitar pukul 11 pagi dan berakhir pada 3.30pm seterusnya Majlis Penutupan Kejohanan Wajadiri Nasional.

TAHNIAH kepada pemenang...(Senarai penuh pemenang penulis belum dpt lagi dari Unit Teknikal Wajadiri. Tunggu...)

__________________________________________________________________

Majlis Makan Malam Nostalgia berlangsung di Chambers Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching dalam suasana yang sangat penuh warna warni. Hampir kesemua tetamu dan hadirin berpakaian menepati tema pakaian dengan batik beraneka warna.

Majlis bermula tepat 8.45 malam dengan perarakan masuk VIP diiringi muzik iringan dari kumpulan gamelan tempatan disambut dengan persembahan demo pembukaan yang mantap. MAkan malam bermula sebaik saja bacaan doa dilafazkan. Sambil mnikmati juadah tetamu dihiburkan dengan persembahan Gamelan Eddie and the Band dan persembahan tarian dari pelajar2 Sekolah Seni Kuching. Seterusnya, nyanyian daripada anak Sarawak, Emil Hamlyn yang mendendangkan 4 lagu termasuk Mentera Semerah Padi. Persembahan2 mendapat sambutan daripada hadirin.

Ucapan alu2an di sampaikan oleh Yang diPErtua Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Sarawak, Encik Zuhardi Haji Sekawi. Seterusnya, ucapan perasmian pula disampaikan oleh YM Tuan Guru sendiri sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Nostalgia Sempena 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Ucapan beliau yang bersahaja disamping banyak nasihat dan kata2 yang menyentuh perasaan setiap hadirin. Beliau menyentuh mengenai kepentingan konsep kekeluargaan dan kepentingan Silat itu sendiri dalam penerapan nilai2 murni dan agama dalam diri setiap individu sesuai dengan tema "Satu Keluarga, Satu Warisan".

Serentak dengan itu, persembahan Multimedia berkonsepkan kisah 10 tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak ditayangkan di 2 layar putih di dalam Dewan. Penulis sendiri sudah 9 tahun di dalam SCH Sarawak (UNIMAS), rasa sgt terharu dan sebak mengenang kembali kenangan2 tersebut. tayangan agak 'simple' tp, memberi kesan juga kepada mereka yang pernah melalui rintangan2 selama berada di SCH Sarawak.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah kepada ibubapa2 dan isteri2 ahli PSSCUH Sarawak yang memberi kepercayaan kepada anak2 dan suami masing2 dalam Silat Cekak Hanafi. Seterusnya, acara kamuncak ialah Penyampaian Piala2 kepada pemenang2 dalam Kejohanan Wajadiri yang berlangsung pada siangnya. Majlis berkahir pada 10.45 malam dan sessi bergambar pula berlangsung di antara semua ahli.

TERIMA KASIH semua yang sudi menghadiri dan memeriahkan Majlis kita. InsyaAllah, kita jumpa lagi tahun depan di....? Di mana ya..? hehe.... v(-.^)

__________________________________________________________________

16 Ogos 2009 - Walopun program Raon2 yang asal telah dibatalkan, namun ianya diganti juga dengan program raon2 yang baru dimana tetamu diturunkan di tebingan Sungai Sarawak pada sebelah pagi dan dijemput pada sebelah petangnya. mereka boleh berjalan2 disekitar Kuching dan membeli belah cenderamata untuk kelarga dan sahabat di kampung :)

__________________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates