Sunday, July 26, 2009

PENGUMUMAN II

Assalammualaikum....

PEMBATALAN PROGRAM RAON-RAON
atas sebab-sebab pengangkutan, Program Raon-Raon tidak dapat kita laksanakan semasa Karnival kelak. Program ini akan menjadi aktiviti bebas kepada peserta2 dan tetamu2 yang hadir kelak.

Mengenai bayaran yuran, tiada perubahan pada yuran yang dikenakan. Bayaran yuran masih sama mengikut kadar yang telah ditetapkan sebelum ini. Ini kerana, program tersebut pada asalnya adalah program yang disubsidikan. Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Saudara Mohd. Amin bin Zainul Abidin dari Pusat.

PENJUALAN BARANGAN CENDERAHATI
Barang-barang yang akan dijual semasa karnival kelak, akan disenaraikan bersama gambar2 nya dan harganya tidak lama lagi. Diharap, anda semua sentiasa rujuk blog ini untuk update seterusnya. Dapatlah adik2 dan rakan2 sekalian bajet nak bawak duit blanja, nak beli apa untuk siapa. TUNgguuuuuuUU~~~~~ ^^

PENUKARAN LOKASI WAJADIRI
Atas kekangan tertentu dari pihak2 tertentu, lokasi untuk Wajadiri juga terpaksa ditukar ke tempat yang akan diberitahu kemudian. InsyaAllah,tidaklah jauh dari kediaman2 masing kelak. Tempat2 telah dikenalpasti. Keputusan akan diberitahu kemudian. Harap, warga SCH semua, janganlah risau sangat, saa2 kita berdoa agar dipermudahkan urusan kami di sini. :)

Harap maklum.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates