Assalammualaikum
Ucapan berbanyak2 terima kasih kepada semua urusetia2 dari Cawangan Sarawak, UNIMAS, UiTM Sarawak dan UPM Bintulu yang telah bertungkus lumus bersama2 dalam persiapan kita untuk Karnival 10 tahun SCH di Sarawak ini. Juga, kepada urusetia2 dari Pusat yang sanggup datang sebulan sekali dari Kuala Lumpur untuk sama2 membantu kami dan memberi panduan dalam proses persiapan dan perlaksanaan kelak.
Semalam, 25 Julai 2009, berakhir sudah Mesyuarat Bulanan KArnival di Sarawak. Tetapi, persiapan dan mesyaurat2 exco2 kecil masih berjalan dari semasa ke semasa sehinggalah perlaksanaan program kelak. (Gambar takdelah plak....Maaf) Di mesyuarat terakhir ini juga, buat pertama kali menghadirkan diri, Naib Presiden kita Encik Mohd. Azhar Mohd. Ali telah menyampaikan beberapa pesanan dan nasihat juga kepada pasukan kami. Masih banyak lagi yang kami perlu lakukan untuk persiapan ini.
Untuk pengetahuan warga SCH sekalian, bermacam2 dugaan dihadapi sepanjang proses untuk menjayakan Program ini. Tetapi, alhamdulillah, kita semua masih lagi bertahan. Ini takkan berlaku tanpa sokongan dari kalian juga dari seluruh Malaysia. Dan seperti yang Saudara naib Presiden dan Pengerusi Mesyuarat (Encik Mohd. Amin Zainul Abidin) kata, berkat guru yang penting juga...Dan YM Guru juga ada berkata setiap kali, "Bergantung hati hanya pada Allah s.w.t...InsyaAllah, kesukaran yang dihadapi, dipermudahkan."
Banyak gak nak taip ni, sebab lama tak update, tp, kena ringkaskan juga...hehe...Kita jumpa di program nanti insyaAllah...teruskan mengikuti blog untuk kemaskini terkini.
Wassalam
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment