Sunday, July 26, 2009

PENGUMUMAN

Assalammualaikum....

Warga Cekak Hanafi yang dikasihi sekalian...chewah..

Harap maaf, lama dah tak 'update' maklumat di ruangan blog ni....Di harap warga CH semua memahami...

Seperti yg semua sudah sedia maklum, di sebelah kanan anda ni, ada 'countdown' tinggal kurang dari 3 minggu lagi untuk sambutan Karnival 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. 19 hari dan masih lagi menurun. hari demi hari. Pihak penganjur secara tidak rasminya telah menerima 16 pengesahan kehadiran dari IPT2, dan 2 dari sekolah. tetapi, setakat ini, masih 2 sahaja borang penyertaan rasmi yang diterima dari IPT dan sekolah....jadi, kepada IPT2 lain, tolong beri kerjasama, untuk serahkan borang atau senarai nama peserta yang terlibat untuk memudahkan pendaftaran, pembahagian kediaman, pengangkutan, dan yang paling penting, pengiraan kos.

Kepada pasukan2 yang telah menghantar kembali borang2, tetapi belum lagi diterima urusetia di sini, sila hubungi lagi Saudara Mohd. Za'im, Saudara Aeirman atau saudari Noor Azrina sebagai 'Follow up'. Carilah alternatif lain seperti E-mail atai fax. Kami betul2 mengharapkan kerjasama dari semua pasukan untuk kejayaan program ini juga. Kejayaan program ini, terletak pada bahu kita semua. :)

Tahun ini, kami akan menyambut tetamu2 dari seberang Laut China Selatan, dari sebalik banjaran Crocker (wahseh ^^). Jadi bantu kami untuk bersedia dengan kehadiran anda sekalian, ahli keluarga Pusaka Cekak Hanafi.

Salam dari Bumi Kenyalang :)

0 comments:

Post a Comment

WAJADIRI SCH: TM & 2009 Cekak Hanafi Sarawak © 2009 Cekak Hanafi UNIMAS. Hak Cipta Terpelihara. 2009 Cekak Hanafi UiTM Kampus Sarawak dan UPM Kampus Bintulu. Hak Cipta Terpelihara. blogger templates